Sunday, 8 July 2007

P5 Mesin Waktu...


Seandainya Cg diberi peluang mempunyai mesin waktu, Cg ingin kembali ke zaman rejimen askar Melayu. Cg masih teringat lagi masa kecil dahulu Cg pernah menonton filem Bukit Kepong lakonan Jins Shamsudin. Filem itu diterbitkan dalam era 80-an. Mungkin murid-murid Cg tidak pernah menonton filem itu. Filem itu mengisahkan tentang bagaimana askar-askar Melayu menentang musuh-musuh Komunis di Bukit Kepong. Bagi Cg semangat tidak putus asa dan berjuang bermati-matian itulah yang patut kita contohi.

Filem zaman sekarang yang mengandungi latar cerita tentang rejimen askar Melayu ialah filem-filem seperti Embun lakonan Umie Aida & Akasha dan Leftenan Adnan lakonan Umie Aida & Hairie Othman. Teringat Cg akan ketua tentera Jepun dalam filem Embun iaitu Izi Yahya yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Al Fatehah untuknya...

Tentu sekali Cg ingin berada di zaman tersebut kerana Cg ingin merasa perit jerihnya masyarakat Melayu ketika itu mempertahankan tanah air yang dicintai daripada dijajahi tentera-tentera Jepun. Cg ingin melihat bagaimana Leftenan Adnan Saidi dan rejimen askar Melayunya berani menentang tentera-tentera Jepun masa zaman perang dunia ke dua.

Cg harap murid-murid Cg yang disayangi juga menanam sikap 'berjuang' dalam diri untuk berjaya dalam pelajaran agar menjadi manusia yang berbakti kepada bangsa, agama & negara. Insya Allah... Amin.

33 comments:

Anonymous said...

Seandainya saya ada mesin waktu, saya akan memilih Perang Kedua kerana saya hendak mengetahui berapa susah untuk mepertahankan Singapura ini.Saya selalu teringat jasa - jasa mereka.Saya hendak meggunakan tembak yang mereka gunakan.Ia pasti bising di sana kerana mereka akan menembak musuh mereka.

Anonymous said...

Jika saya ada mesin waktu, saya akan pergi ke waktu Dunia Angkasa Lepas untuk membeli sehelai baju tentera yang kalis peluru dan kalis bom dan senjata inovatif untuk melindungi diri apabila saya pergi ke waktu Perang Dunia Kedua untuk menyaksi perang itu. Kalau seorang askar menembak saya, dia tidak boleh membunuh saya kerana baju tentera saya. Kalau mereke sambung menembak, saya akan menembak balik.

Anonymous said...

Cikgu Rozana,jika saya ada peluang untuk membina sebuah mesin waktu,saya akan ke zaman dinosaur kerana saya hendak melihat apa bagaimana mereka hidup di zaman itu.Saya pun hendak melihat bagainmana mereka pupus.Dinosaur-dinosaur ini sangat menarik.Ada yang besar dan ada yang kecil.Ada yang boleh terbang dan ada yang boleh berenang di dalam air.Dinosaur itu adalah haiwan yang menarik.

Comment dari : =) Syafieeeee

Anonymous said...

jiKA saya mempunyai sebuah mesin waktu, saya akan ke dunia dinasaur kerana hendak lihat apa yang membuat dinasaur pupus.saya hendak lihat berapa kali ganda dinasaur itu lebih besar dari manusia.saya hendak kira berapa jenis dinasaur.saya hendak melihat apa makanan gegemaran mereka.saya hendak lihat sama ada dinasaur-dinasaur itu menjaga anak mereka dengan baik,buruk atau memakan anaknya sendiri.saya juga hendak melihat mana mereka tinggal dan saya mahu tahu mana mereka selalu pergi untuk mencari makan


dari,
syahmi

Anonymous said...

Jika saya diberi mesin waktu,saya ingin ke zaman dinosaur kerana saya sangat suka dinosaur.Ia besar dan kuat.Saya berasa sedih apabila saya tahu yang dinosaur itu sudah tiada lagi di dunia ini.Saya berharap saya boleh berjumpa dengan dinosaur.Dinosaur merupakan haiwan kesayangan saya.Saya akan menghentikan sesiapa yang mahu membunuh dinosaur

Dari,
Suffian

Anonymous said...

Jika saya mempunyai mesin waktu saya mahu ke angkasa lepas.Saya mahu melihati kehidupan di angkasa lepas.Di situ aman dan damai.tiada perang....Di situ juga ada banyak untuk dijejah.Mereka mempunyai teknologi yang amat canggih dan jika saya berada di situ saya mahu memiliki alat-alat canggih itu.Saya mahu lihat robot menolong manusia dan saya tak mahu tinggal tempat itu sehingganya saya telah menjejahi segala tempat-tempat di situ.

Anonymous said...

hi cikgu,
jika saya meiliki sebuah mesin waktu, saya ingin pergi ke dunia angkasa lepas. Saya memilih dunia itu kerana hendak melihat apa yang dibuat oleh penduduk-penduduk di angkasa lepas. Saya hendak melihat lebih dekat lagi bintang-bintang, bulan dan matahari. Saya juga akan mengkaji jadual harian di angkasa lepas, serta saya hendak merasai makanan mereka dan pakaian mereka. Di sana saya juga dapat mengetahui bagaimana rupa mereka serta cara kehidupan mereka. Di dunia angkasa lepas , saya boleh mengkaji mengenai batu-batan dan iklimnya

Anonymous said...

Jika saya ada mesin waktu, saya mahu ke zaman dinosaur. Ini kerana saya hendak mahu mengapa mereka telah dihapuskan dan juga caranya.Lagi, saya bolen melihat dinosaur yang tulangnya belum dijumpai, kalau ada. Apabila saya kembali ke masa yang tertentu, saya boleh memberitahu saintis mengapa dan caranya mereka dihapuskan.Tentu saya akan menjadi kaya. Dengan duit saya dapat,saya akan menyimpan setengah duit itu dan setengah lagi pula separuh ke tabung amal dan juga ke ibu bapa saya.

Anonymous said...

Saya memilih Dunia Angkasa Lepas kerana ia ada kereta baru dan rumah baru.Keretanya pun boleh terbang!Rumahnya setinggi 50!Saya pun memilih Dunia Dinosaur.Saya memilih Dunia Dinosaur kerana saya suka tengok dinosaur - dinosaur keerana mereka kuat.Saya suka dinosaur tetapi saya harus berbahaya kerana nanti tiba - tiba ia boleh makan saya!

Amirul A . =)5 - 3

Anonymous said...

Sekiranya saya memiliki sebuah mesin waktu,saya ingin pergi ke masa hadapan.Saya memilih untuk ke masa hadapan kerana saya amat meminati benda-benda canggih dan moden.Sudah pasti,saya dapat berdepan dengan banyak robot yang pelbagai saiz dan bentuk.Saya juga dapat melihat perubahan pada bangunan yang sudah tentu mencakar langit.Saya boleh memandu kereta bukan di jalan raya sahaja,tetapi boleh terbang juga.

Anonymous said...

Jika saya mempunyai sebuah mesin waktu, saya ingin ke Dunia Angkasa Lepas untuk membeli senjata innovasi dan baju tentera kalis peluru. Selepas itu, saya pergi ke Perang Dunia kedua dengan barang-barang yang telah saya membeli di Dunia Angkasa Lepas. Apabila Jepun sudah tiba dan perang sudah mula, saya terus menembak kapal terbang- kapal terbang Jepun dan orang-orangnya. Setelah perang sudah berakhir, beberapa orang terselamat. Orang terselamat lebih daripada yang tahun dahulu. Saya tidak pun cedera kerana baju kalis peluru saya melindungi saya. Selepas peperangan itu, semua orang menghormati saya.

Anonymous said...

Saya akan memilih Dunia Angkasa Lepas.Saya memilih Dunia Angkasa Lepas kerana ia mempunyai alat-alat mesin dan tempat-tempat yang canggih belaka pada masa depan nanti.Mungkin di Dunia Angkasa Lepas nanti mempunyai robot yang serupa dengan manusia.Mungkin robot itu boleh bercakap,bermain,makan,minum dan juga tidur seperti manusia.Rumah biasanya dibuat daripada batu,tetapi mungkin di Dunia Angkasa Lepas,ia dibuat daripada mesin dan besi.Wow!seronoknya jika umur panjang dapat tinggal di Dunia Angkasa Lepas!!

Amalina!!5-3 :D

Anonymous said...

Saya memilih dunia angkasa lepas kerana saya boleh melihat planet.Saya boleh simpan batu-batu yang terjumpa disana dan membuat koleksi.

Anonymous said...

Jikalau saya ada mesin waktu,saya akan tinggal dan membesar di Angkasa lepas kerana saya suka tenung ke bumi atau planet yang lain.Lagipun jikalau saya bermain bola keranjang saya pasti menang.Jikalau saya tinggal di situ berat badan saya akan menjadi tujuh kali lebih kurang!Saya juga mahu merasa makanan dan minuman di situ.(saya harap lebih sedap daripada makanan di bumi)Saya juga mahu membuat ''kawan''di situ.Saya harap impian saya akan tercapai.
Angkasa Lepas yang sungguh indah

Dari,Atiqah 5-3

Anonymous said...

(samir,5-3 diligent)

Jika saya dapat mesin waktu,
saya memilih dunia yang akan datang kerana ia membuat saya hidup senang seperti kereta yang boleh terbang,membina robot yang boleh membuat apa-apa, pintu yang boleh membuka sendiri dan rumah yang boleh dikunci sendiri.

Anonymous said...

Saya memilih zaman Dunia Angkasa Lepas kerana saya rasa ia akan hebat untuk tinggal di rumah yang terletak di Angkasa Lepas. Saya pun boleh melihat bintang-bintang dan matahari bila-bila saya minat.
Kalau saya ada peluang untuk membina bilik dan rumah saya dan dapat menghiasinya, saya akan membina bilik yang besar tetapi yang ada bilik permainan, bilik belajaran dan saya akan membina tandas di dalam bilik saya yang baru!
Ada lagi satu sebab mengapa saya memilih Dunia Angkasa Lepas. Saya mahu mengetahui jadual harian biasa mereka, mencuba makanan mereka, belajar apa yang dipelajari mereka di sekolah, memakai baju tradisional mereka [kalau mereka memiliki baju tradisional!] dan kalau saya ada peluang untuk tidur di rumah salah seseorang 'makhluk asing', saya akan menggambil peluang itu!
Saya pun akan gemar pergi membeli-belah dengan kawan-kawan yang saya jumpa di situ!

Anonymous said...

Seandainya saya mempunyai mesinwaktu,Saya akan ke zaman Perang Dunia Kedua. Saya boleh menyertai askar-askar rejimen melayu mempertahankan Singapura.Saya juga ingin ke zaman hadapan. Adakah rupa rumah mereka lain daripada kini? Agaknya barang-barang lebih canggih daripada sekarang.

Anonymous said...

Jika saya ada peluang untuk menggunakan mesin waktu, saya akan memilih untuk ke Dunia Angkasa Lepas kerana saya mahu tahu bagaimanakah keadaan di situ,saya juga mahu tahu bagaimanakah rumah di situ dibina dengan tidak ada bagai masalah yang akan menjadikan pembinaan itu rosak.Saya juga mahu tahu apakah pelajaran baharu yang boleh saya pelajari.Saya pun mahu menikmati keindahan di situ dengan melawat semua tempat yang ada di situ.Saya selalu berharap bahawa impian saya akan menjadi kenyataan.

Anonymous said...

Cikgu,seandainya saya ada peluang untuk memiliki sebuah mesin waktu,saya akan memilih zaman angkasa lepas.

Cikgu mungkin bertanya mengapa saya memilih dunia angkasa lepas.Itu adalah kerana saya boleh menatap bintang-bintang yang berkelipan di langit dan juga bulan yang cantik itu.Saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan dan saya ingin sekali pergi ke angkasa lepas.Saya juga boleh cuba untuk terjun dari kapal angkasa saya dan saya tidak akan mati jika saya melakukan demikian.Ada banyak planet di angkasa lepas seperti planet Marikh dan planet Jupiter.

Saya juga ingin pergi ke zaman dinosaur kerana saya boleh melihat dinosaur-dinosaur yang sudah tidak ada lagi.

Yang Benar~Farha [ForzaSza]

Anonymous said...

Saya sekarang berada di dunia berperang.Saya memilih dunia berperang kerana saya hendak menolong mereka yang berperang untuk negeri kita dan berlawan bersama negeri lain.Saya hendak menang perangan ini!!!!

Anonymous said...

saya pilih peperangan dua kerana saya teringat orang tang tolong kita untuk singapura.Saya sedih kerana orang askar dulu matikan untuk kita .saya sendiri pun hendak tolong kalau saya jadi besar.saya akan jadi seorang askar untuk tolong singapura saya.saya suka tolong di dalam dulu dunia .saya akan menang untuk singapura di duluh lama

Anonymous said...

Jika saya ada mesin waktu, saya memilih dunia Angkasa lepas,kerana kalau terlalu banyak manusia dalam bumi ini,mungkin saya dipindahkan ke palnet itu.Saya nak juga merasakan kehidupan di planet.Mungkin di sana cuacanya sangat bagus daripada di bumi.Mungkin disana juga cuacanya agak sejuk seperti di planet Pluto.Saya juga ingin berkenalan denagan orang-orang di planet sana.Saya rasa mungkin disana seronok rasanya dan mungkin juga makanan disana lagi sedap daripada makanan di bumi.

Anonymous said...

Saya akan tinggal di angkasa lepas
dan perang dunia 2.
Angkasa lepas,di planet marik
tetapi di angkasa lepas tiada oxygen.Dan perang dunia sungguh susah.Jadi saya akan pilih kedua -dua dunia.


^_^ N Huda ^_^

Anonymous said...

Saya memilih dunia angkasa lepas kerana saya boleh melihat awan dan planet-planet yang lain.Disana pun ada benda-benda yang tidak dijumpa oleh scientist.kami boleh menaiki kenderaan yang baru terkini dan kapal-kapal angkasa.Sekolah kami pun mewah,cantik,menawan dan istemewa daripada yang lain.saya dan juga kawan-kawan saya akan rasa di dalam syurga kalau berada di situ. saya harap kami akan ke angkasa lepas kerana ia adalah harapan saya.

Anonymous said...

Saya mahu tahuapa yang telah terjadi dari zaman salim hingga masa angkasa lepas dan saya ,ahu pergi ke Dunia Dinosaur.Saya mahu mengambil gambar T-rex,Brachiosaurus,Pteranodon dan banyak dinosaur lagi.Kalau T-rex mahu makan saya,saya akan lari.Saya mahu memanjat kepala Brachiosaurus kerana saya mahu tahu berapa tinggi dari kepala Brachisaurus hingga ke lantai.

Anonymous said...

kalau lah saya mempunyai sebuah mesin waktu,saya boleh ke tempat mana-mana saya hendak pergi tetapi yang tempat paling saya ingini sekali pergi ialah ke zaman dinosaur dan ke angkasalepas. kenapa? oh...itu senang... saya hendak ke zaman dinosaur kerana saya mungkin boleh berkawan bersama dinosaur-dinosaur yang ad.itu pun saya kurang pasti...kerana nanti dinosaur itu akan makan saya!!!(saya jadi mangsa).dan saya ingin ke angkasalepas keranasaya ingin bercomunicasi dengan makhluk asing.saya bolehlah belajar macam mereka cakp ban banyak lagi!!

Anonymous said...

Saya akan pilih Dinasour kerana ia besar,ganas dan garang.Saya suka Dinasour kerana ia boleh makan binatang,manusia dan lain-lain lagi. Di dalam hutan itu ada juga saya suka tetapi binatang itu kecil.Saya rasa kalau Dinasour itu ada lagi mesti dia makan manusia,binatang dan lain- lain. Nasib baik Dinasour itu tidak ada lagi kalau ada habislah.Binatang yang dahulu sudah mati kerana gunung api itu terkeluar dari gunung itu.Dan saya rasa di dalam hutan ada lagi tulang-tulangnya sahaja.
Siti Nur Syafiqah 5-3

Anonymous said...

saya pilih perang dunia kedua, kerana saya ingin tahu beberapa susah kehidupan mereka di dalam keadaan perang apabila tentera Jepun menyerang singapura.Saya juga ingin tahu tentang senjata dan peralatan yang digunakan pada masa itu.Saya juga ingin berjumpa dengan askar-askar yang berani dan gagah yang mempertahankan singapura pada masa itu.Saya juga akan menolong askar singapura

Anonymous said...

Haloooo cikgu,kalaulah saya ada mesin waktu ,saya akan ke peperangan dua kerana saya minat bunuh orang seperti Jepun pada masa zaman dahulu.Saya tahu beberapa susah untuk perang dengan Jepun.Bahawa sayalah menjadi Leftanan Adnan,saya akan berusaha untuk mendendami Jepun lagi.Saya berasa gerammmmmmmmmmmmmmmmm dengan Jepun.

Anonymous said...

Saya memilih masa dinasaur.Saya memilih masa dinasaur kerana saya suka dinasaur.Saya suka dinasaur kerana ada banyak dinasaur yang besar dan kecik.Saya hendak melihat semua dinasaur yang di dunia ini.Saya pun hedak memilih dunia angkasawan.

Anonymous said...

saya akan memilih dinosaur dan dunia perang.saya memilih dinasaur kerana dinosaur pada zaman ini dinasaur sudah extinct.dinasaur adalah binatang terbesar di dunia dahulu.Dan dunia perang pada masa dahulu juga.dahulu perang askar askar bergaduh dengan japanese dan sekarang perang sudah tidak ada.perang masa dahulu sangat garang. azera 5-3

Anonymous said...

Saya memilih angkasawan lepas kerana tempat itu kelihatan seronok dan cantik.Pada saya,tempat itu menarik kerana saya boleh melihat planet-planet yang lain macam,Marikh,bumi,pluto dan lain-lain lagi .Tempat itu ada bermacam-macam bentuk danwarna yang lain.saya juga suka belajar tentang planet-planet itu.Saya harap saya boleh tinggal di tempat macam itu.

Anonymous said...

Jika saya memiliki mesin waktu, saya akan pergi ke tahun dinosaur kerana saya hendak melihat berbagai-bagai dinosaur yang berada di sana. Dinosaur yang saya gemari ialah 'Stegosaurus' kerana ia tahu macam mana untuk menjaga dirinya sendiri macam 'Triceratops'.Dinosaur-dionsaur seperti 'Tyrannosaurus Rex' dikenali sebagai 'T Rex' makan daging.Daging dari dinosaur-dinosaur lain.Selalunya, 'T Rex' suka berlawan bersama 'Triceratops'.Oleh kerana untuk menjaga diri sendiri,mereka berlawan. AHMAD FARIS BIN NORMAN 5-3