Sunday, 8 July 2007

P5 Mesin Waktu...


Seandainya Cg diberi peluang mempunyai mesin waktu, Cg ingin kembali ke zaman rejimen askar Melayu. Cg masih teringat lagi masa kecil dahulu Cg pernah menonton filem Bukit Kepong lakonan Jins Shamsudin. Filem itu diterbitkan dalam era 80-an. Mungkin murid-murid Cg tidak pernah menonton filem itu. Filem itu mengisahkan tentang bagaimana askar-askar Melayu menentang musuh-musuh Komunis di Bukit Kepong. Bagi Cg semangat tidak putus asa dan berjuang bermati-matian itulah yang patut kita contohi.

Filem zaman sekarang yang mengandungi latar cerita tentang rejimen askar Melayu ialah filem-filem seperti Embun lakonan Umie Aida & Akasha dan Leftenan Adnan lakonan Umie Aida & Hairie Othman. Teringat Cg akan ketua tentera Jepun dalam filem Embun iaitu Izi Yahya yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Al Fatehah untuknya...

Tentu sekali Cg ingin berada di zaman tersebut kerana Cg ingin merasa perit jerihnya masyarakat Melayu ketika itu mempertahankan tanah air yang dicintai daripada dijajahi tentera-tentera Jepun. Cg ingin melihat bagaimana Leftenan Adnan Saidi dan rejimen askar Melayunya berani menentang tentera-tentera Jepun masa zaman perang dunia ke dua.

Cg harap murid-murid Cg yang disayangi juga menanam sikap 'berjuang' dalam diri untuk berjaya dalam pelajaran agar menjadi manusia yang berbakti kepada bangsa, agama & negara. Insya Allah... Amin.

Saturday, 7 July 2007

P2 Kata Nama Khas


Hah, cuba lihat betapa tekunnya murid-murid Cg Roxy mencari Kata Nama Khas dari majalah dan suratkhabar. Mereka sedang menjalani pembelajaran secara kendiri iaitu mereka harus mencari sendiri Kata Nama Khas.




Lihat tu! Hasil kerja mereka! Bijak sungguh murid-murid Cg Roxy!





















P2 Bingkai Gambar Saya

Wah, gigih sungguh murid-murid Cg Roxy membuat bingkai gambar! Asyik sungguh! Kalau murid-murid yang lain ingin membuatnya, murid-murid haruslah mempunyai barang-barang berikut:
batang aiskrim berwarna
gunting
gam
pelekat double sided
gambar
Barang-barang yang diperlukan mudah didapati, bukan? jadi tunggu apa lagi, cubalah!












Inilah hasil kreativiti murid-murid darjah 2! Lihatlah bingkai gambar yang telah mereka siapkan. Cantik sungguh! Syabas Cg Roxy ucapkan kepada mereka yang telah berjaya menghasilkan bingkai gambar dengan kreatif! Yang lain cubalah sendiri di rumah!

























Thursday, 5 July 2007

P1 Diri Saya...

Inilah peta minda - Diri Saya. Hasil pertama murid-murid darjah 1 kelas Cg Roxy! Amat membanggakan!

Hmmm... Bergaya sungguh sayang Cg Roxy yang seorang ini. Ada bakat menjadi seorang pelumba motosikal di litar antarabangsa!



Wednesday, 4 July 2007

P1 Seisi Mengeja

Hah, setelah belajar tentang suku kata, kini murid-murid darjah 1 sudah bersedia untuk mengeja! Sayang-sayang Cg Roxy amat gemar dengan permainan 'scrabble' ini! Cuba lihat aksi-aksi comel mereka...